SELAYANG PANDANG
Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan
Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein

Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta. Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am. Program Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh PUO pada Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999 pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.Pada Januari 2007, Program Teknologi Maklumat telah diwujudkan di PUO dan telah diletakkan di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. |
Sejak permulaan hingga hujung 2007, PUO telah melahirkan sejumlah 50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.
Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.

COKMAR PUO
Konsep rekabentuk cokmar Politeknik Ungku Omar melambangkan kekuatan dan keamanan melalui teknologi dengan menerapkan kesepaduan dan keharmonian di antara nilai-nilai agama, kepercayaan, kebudayaan, pengetahuan, ilmu dan teknologi. Ia menjadi panduan dan pendorong untuk mencapai tujuan dan objektif dasar kualiti yang dijunjung dan digagasi bersama.
Batil atau bahagian bawah cokmar berbentuk elips adalah tapak yang menggambarkan hasrat Politeknik Ungku Omar untuk terus berkembang maju menyebarkan ilmu dan pengetahuan berdasarkan kejuruteraan, perdagangan dan teknologi dengan menjunjung nilai tradisi dan kepercayaan kepada Tuhan.
Bahagian kedua merupakan batang atau kaki yang berdiri dari kayu yang diukir dengan motif geometri yang tidak dapat diketahui mula dan akhirnya melambangkan usaha menuntut ilmu dan pengetahuan itu satu usaha berterusan tanpa titik noktah dan ia berkait-kaitan antara satu sama lain. Ia merujuk kepada kekuatan dan keamanan dalam menuntut ilmu dan pengetahuan berkait dengan teknologi.
Bahagian ketiga merupakan badan berbentuk silinder di mana bahagian bawahnya berbentuk silinder dengan dua lapisan jaluran besar dengan dua lapisan jaluran besar dan lapan jaluran kecil. Jaluran ini menggambarkan sembilan daerah dengan lapisan kesepuluh ialah tapak di mana terletaknya Politeknik Ungku Omar, iaitu institusi awam pertama di negeri Perak didirikan atas tujuan memberi latihan separa profesional berteraskan kejuruteraan, perdagangan dan teknologi.

Di bahagian atasnya pula terdapat silinder mengandungi lapan panel yang melambangkan lapan jabatan utama yang menjadi teras kepada pendidikan di Politeknik Ungku Omar dengan bahagian atasnya satu lapisan yang menjadi pengikat kesepaduan antaranya. Bahagian kepala bermula daripada bahagian yang mengandungi lima jalur yang melambangkan lima komponen bangsa warganegara Malaysia yang menuntut di Politeknik Ungku Omar. Bahagian atas bebentuk replika tengkolok kesultanan Perak yang dijunjung melalui gambaran pemakainya Politeknik Ungku Omar. Emblem Politeknik Ungku Omar diukir di hadapan dan belakang tengkolok di samping nama Politeknik Ungku Omar diukir di bawahnya. Ini melambangkan kesultanan perak yang menjadi teras kehidupan yang makmur, aman dan berteknologi. Tuanku sultan adalah penaung dan ketua agama sementara Politeknik Ungku Omar adalah institusi mendapat naungan dan restu Ke bawah Duli Sultan.
LAGU RASMI POLITEKNIK UNGKU OMAR
Politeknik Ungku Omar
Megah Terbina di Lembah Kinta
di Ipoh Bandaraya
Perak Darul Ridzuan
Menjunjung Wawasan Pertiwi
Mendidik Ilmu Teknologi
Membantu Membangun Industri
Negara Berdikari
Menyahut Segala Cabaran
Bina Negara Perusahaan
Walaupun Seribu Halangan
Maju Terus Ke Hadapan
Politeknik Ungku Omar
Mendukung Cita-cita Bangsa
Prinsip Rukun Negara
Menjadi Panduan Kita
Tunjukkan Kepada Dunia
Kita Juga Ada Upaya
Menjadi Bangsa Berjaya
Hidup Bebas Dan Merdeka LAGU RASMI PUO MP3

VISI & MISI
Visi
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
Misi
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.

PIAGAM PELANGGAN
1. Proses pendaftaran pelajar diselesaikan pada hari yang sama pelajar sampai untuk mendaftar.
2. Proses Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan secara sistematik, terancang dan berkesan.
3. Memastikan status siasatan maklumbalas pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan pemberian pendidikan dan perkhidmatan lain yang berkaitan dikendalikan dalam masa 10 hari bekerja.
4. Keputusan peperiksaan akhir diproses dalam masa 2 minggu selepas semester pengajian berakhir.

*NOTA : PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN BAGI POLITEKNIK UNGKU OMAR DINILAI DUA (2) KALI SETAHUN.
OBJEKTIF KUALITI
KECEMERLANGAN PELAJAR
1. Berusaha memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 85%
mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.
mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas menamatkan pengajian.
KECEMERLANGAN STAF
1. Memastikan setiap staf menghadiri kursus/menjalani latihan /seminar /bengkel/ persidangan / konvensyen / taklimat sekurang-kurangnya 10 hari setahun.
2. Memastikan sekurang-kurangnya seorang pensyarah memperolehi kelayakan industri atau setaraf dengannya mengikut bidang.
KECEMERLANGAN PROSES
1. Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan / mencapai petunjuk prestasi yang ditetapkan.
DASAR KUALITI
Dasar kualiti Politeknik Ungku Omar adalah membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan teknologi maklumat melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Politeknik Ungku Omar komited untuk memastikan kehendak pelanggan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem. Dasar ini disebarkan untuk difahami oleh semua peringkat kakitangan.
No comments:
Post a Comment